ASSALAMUALAIKUM
Emmelyn Banana Beauty Soap - Sabun Pisang
Banana Beauty Soap @#SabunPisang diformulasi khas untuk mengatasi masalah jeragat, jerawat & Anti penuaan 😍
Sesuai untuk semua jenis kulit, berasaskan bahan semulajadi & bebas bahan kimia 😍
Sesuai untuk lelaki dan wanita 😘
MANFAAT PISANG UNTUK KULIT 😍
.
Buah pisang kaya dengan potassium yang dapat membantu melembapkan dan menghidrasi kulit. Kulit akan kelihatan
lebih lembut & nampak lebih muda.
8 manfaat pisang untuk kulit dan tubuh anda:
1. JERAWAT DEGIL
Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisinya dapat menenangkan kulit yang meradang selain mengurangkan jerawat yang tidak menentu.
Tidak sukar untuk merawat kulit menggunakan kulit pisang. Caranya dengan menggosok kulit pisang pada kulit wajah. Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut. Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air. Untuk lebih berkesan, lakukan cara ini dua kali sehari dan lihat perubahannya.
2. HILANGKAN KEDUTAN
Seperti merawat jerawat degil, untuk pudarkan kedutan pada wajah, anda perlu gosok kulit pisang pada kulit dan biarkan semalaman. Jika tidak selesa dan rasa lekit, anda boleh biarkannya anggaran 30–45 minit. Kemudian cuci bersih dan ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum.
3. KULIT CERAH & HALUS
Tampil cantik berkulit lembut dan sihat menjadi dambaan setiap individu, terutama wanita. Kandungan zat dalam pisang seperti vitamin B6, B, C, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi terbukti dapat meningkatkan lagi kecantikan kulit wajah anda.
Gunakan pisang sebagai bahan utama untuk membuat masker. Tak perlu belanja tinggi, dengan melakukan rutin ini dengan kerap, kulit anda akan tampil cerah, bersih dan putih. Bukan saja dapat mencerahkan kulit, tapi ia juga dapat membantu melembutkan kulit kasar dan kering.
Tidak sukar untuk membuat masker pisang, anda hanya perlu lenyek pisang sehingga halus dan campurkan satu sudu kecil madu, gaul rata. Selepas itu sapukan pada muka. Jika anda lakukan rutin ini secara kerap setiap minggu, hasilnya kulit akan lebih halus dan lembut!
4. TANGGALKAN SEL KULIT MATI
Kulit kotor dan berminyak antaranya berpunca dari sel-sel kulit mati yang terjerat pada pori. Atasinya dengan buah pisang yang dapat membantu menghilangkan kulit mati. Ambil pisang dan hancurkan sehingga lumat dan halus. Kemudian oleskan pada wajah dan biarkan seketika hingga ia kering. Lepas itu, bilas bersih dengan air.
Subscribe to:
Posts (Atom)